Monday, November 30, 2009

Anugerah Untuk PSS SMKUR

Port Dickson, 25 November 2009 - Majlis Anugerah Pusat Sumber Sekolah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Shamsulkahar bin Mohd Deli, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan. Dalam Majlis tersebut, PSS SMKUR telah memenangi Tempat Kedua pertandingan Oracle Think Quest dan juga Tempat Kedua dalam pertandingan Laman Blog PSS. PSS SMKUR berazam untuk meningkatkan usaha dan kualiti agar lebih cemerlang di masa akan datang.

Sunday, November 22, 2009

Selamat Datang Pengetua SMKUR




Isnin, 16 November 2009 - Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau telah menamatkan penantian selama tiga bulan untuk mendapatkan Pengetua baru. Pada jam 7.20 pagi Isnin, 16 November 2009, Datin Hajjah Azimah binti Alis telah mendaftarkan diri sebagai Pengetua Cemerlang di pejabat SMK Undang Rembau bagi menggantikan Tuan Haji Rafie bin Haji Mustapha yang berpindah ke SM Sains Hulu Selangor pada 1 Ogos 2009 yang lalu. Datin Hajjah Azimah adalah bekas Pengetua Cemerlang SMK Datuk Sedia Raja, Rembau.
Pusat Sumber Sekolah SMKUR mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Datin. Semoga SMKUR akan menjadi lebih cemerlang di masa akan datang dengan pengalaman luas Datin sebagai Pengetua.






*Biodata Datin Hajjah Azimah akan disiarkan tidak lama lagi

Tuesday, November 10, 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN PSS 2009

Isnin, 9 November 2009 - Jamuan Akhir Tahun PSS SMKUR 2009 telah diadakan di Perpustakaan SMKUR hari ini jam 3.00 petang. Jamuan yang dihadiri seramai 40 orang Pengawas PSS turut dihadiri oleh Guru Penolong Kanan 1, Encik Adnan bin Abdul Rahman, Guru Perpustakaan dan Media, Encik Azhar bin Ahmad dan Puan Norhayati binti Ismail, Pembantu PSS. Acara dimulakan dengan ucapan dari Nor Ziatul Anira bt Jailani, Pengerusi Pengawas PSS 2009, Encik Azhar bin Ahmad, GPM dan Encik Adnan bin Abd Rahman, GPK 1.
Dalam Majlis ini, AJK 2010 dan Pengawas PSS Tingkatan 5 diraikan dan dianugerahkan Sijil Penghargaan dan Cenderahati dari PSS SMKUR. Nur Ziatul Anira bt Jailani muncul penerima Agugerah Khas GPM kerana khidmat cemerlangnya dan berkhidmat sebagai Pengawas PSS paling lama iaitu selama 5 tahun dari 2005 hingga 2009.
Selepas jamuan, diadakan undian untuk AJK 2010. Keputusan pemilihan adalah seperti berikut :

Pengerusi : Putera Amirul Hazim bin Mohd Nor Afandi
Timbalan : Goh Sze Shen
Naib (L) : Mohd Efizulhilmi bin Zulkifli
Naib (P) : Nur Shafiqa bt Juraimi
Setiausaha : Wahida bt Mohd Yusof
Keputusan penuh ada dipaparkan di papan kenyataan PSS


Undian Untuk AJK 2010
Proses Pengundian dan Pengiraan Undi






Potong !!!! Potong Kek.
Cabutan Bertuah






Penyampaian Sijik dan Cenderahati kepada AJK dan Pengawas PSS Tingkatan 5




Selamat Menjamu Selera






Sunday, November 8, 2009

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia


Negeri Sembilan akhirnya berjaya muncul juara Piala Malaysia 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir, setelah kemarau 61 tahun.
Tahun ini Negeri Sembilan dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan telah menebus kegagalan kepada Perak dan Perlis pada tahun 2000 dan 2006 lalu.
PEMAIN-PEMAIN Negeri Sembilan diketuai Reezal Zambery Yahya (julang trofi) meraikan kejayaan muncul juara Piala Malaysia 2009 bersama rakan sepasukan lain selepas menerima trofi daripada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.