Friday, January 29, 2010

Ciri-ciri Untuk Menjadi Pengawas PSS

  • Rajin membaca buku
  • Disiplin
  • Perlakuan Baik
  • Mesti mengikut arahan guru PSS
  • Senyap ketika memasuk perpustakaan
  • Berpengalaman menjadi pengawas PSS
  • Mempunyai sijil berkaitan perpustakaan
  • Berpakaian kemas
  • Amanah

Mesyuarat PSS Tahun 2010

Pada tarikh 5 Januari 2010 , Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah mengadakan mesyuarat bagi pelantikan baru pengawas PSS Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau . Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh PSS seperti pembaca buku terbanyak , menyusun buku-buku perpustakaan mengikut nombor yang tertentu , lawatan sambil belajar dan sebagainya . PSS juga mendapat sumbangan daripada Dato' Ahmad Apandi bin Johan iaitu sebanyak 20 buah buku baru . PSS mengucapkan terima kasih kepada Dato' Ahmad Apandi bin Johan kerana sudi memberi sumbangan . Pengawas PSS berharap supaya PSS tahun 2010 akan cemerlang dan berjaya .

Sekian , Terima Kasih

Monday, January 11, 2010

MESYUARAT PROGRAM KEUTUHAN ILMU

11 Januari 2010- Mesyuarat Program Keutuhan Ilmu telah diadakan di Perpustakaan SMKUR. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh datin Hajjah Azimah bt Alis, Pengetua SMKUR. Seramai 18 orang Ahli Jawatankuasa dari kalangan guru dibentuk. Turut serta ialah seorang bekas pelajar SMKUR tahun 1965 iaitu Dato' Ahmad Apandi bin Johan. Matlamat program ini ialah "Membentuk generasi yang berilmu, kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh dalam menempuh dunia kerjaya yang bercabar."
Ahli Mesyuarat telah bersetuju untuk menambah sekurang-kurangnya 6000 judul buku pelbagai bidang selain kelengkapan seperti komputer, alat pandang dengar, carta dan sebagainya. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah mendapatkan sumbangan buku, sumbangan kewangan, Jamuan Makan Malam dan jualan-jualan.
Pengetua berharap agar kerjasama yang dibentuk antara pihak sekolah, bekas-bekas pelajar, pemimpin setempat serta pelbagai agensi kerajaan, swasta dan yayasan dapat menjayakan program ini.

Friday, January 8, 2010

TAWARAN MENJADI PENGAWAS PSS

Pusat Sumber Sekolah, SMK Undang Rembau mempelawa murid-murid SMKUR Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang berminat dan layak memohon menjadi Pengawas PSS SMKUR tahun 2010. Tawaran dibuka dari 11 Januari hingga 31 Januari 2010. Sila berjumpa dengan GPM untuk mendapatkan borang permohonan di Perpustakaan SMKUR bermula 11 Januari 2010.