Wednesday, June 30, 2010

HARI KOPERASI SEKOLAH

28 Jun 2010 - Hari Koperasi Sekolah (HKS) peringkat SMK Undang Rembau telah dirasmikan oleh Encik Adnan bin Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan 1. Acara dimulakan dengan perutusan YAB Dato' Seri Muhyiddin bin Yasin, Menteri Pelajaran Malaysia dibacakan oleh Puan Norasikin binti Yahya, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Diikuti dengan perutusan YB Dato' Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibacakan oleh Puan Nor Ribah binti Jani, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan perutusan Profesor Dato' Dr Hj Mohd Ali bin Baharom, Yang Dipertua Angkasa dibacakan oleh Puan Rohana binti Alias, Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan.
Acara diteruskan dengan nyanyian koir lagu Koperasi oleh warga SMKUR. Seterusnya semua Guru penolong Kanan telah menanam pokok di dalam pasu bunga. Koperasi SMUR Bhd juga telah mengedarkan cenderahati berupa pen kepada semua guru dan pelajar SMKUR.
Antara acara yang dijalankan sepanjang minggu ini ialah jualan makanan dan alatulis di perkarangan koperasi sekolah, Kuiz Koperasi, pertandingan-pertandingan dan menaja Bengkel Seni Penulisan Kreatif (26.6.2010).
Tema Hari Koperasi Sekolah pada tahun ini ialah 'Kreativiti dan Inovatif Memperkasakan Koperasi Sekolah' Tahun ini merupakan tahun kelima HKS diadakan sejak tahun 2006. Ianya diadakan pada minggu kedua penggal kedua setiap tahun.










Sunday, June 27, 2010

PERHIMPUNAN HARI GURU NEGERI SEMBILAN

Seremban, 26 Jun 2010 - Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban mulai jam 8.00 malam. Perhimpunan ini dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Meneteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Perhimpunan yang ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sembilan ini dihadiri kira-kira 15000 orang warga pendidik dari Negeri Sembilan. SMK Undang Rembau telah diwakili oleh 100 orang guru sekolah ini. YAB Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada penganjur khususnya dan warga pendidik amnya kerana berjaya menganjurkan perhimpunan terbesar yang pernah diadakan setakat ini.




BENGKEL SENI PENULISAN KREATIF

Sabtu, 26 Jun 2010 - Pusat Sumber Sekolah, SMKUR dengan kerjasama Koperasi SMUR Berhad telah menganjurkan Bengkel Seni Penulisan Kreatif di Bilik Gerakan SMKUR mulai jam 8.30 pagii hingga 12.30 tengahari. Seramai 24 orang guru dan 16 orang pelajar yang berminat telah hadir dalam bengkel ini. Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis sendiri telah menjadi Jurulatih Utamanya dan dibantu oleh Encik Abdul Razak bin Husin.
Dalam bengkel ini, peserta telah didedahkan dengan teknik-teknik menulis cerpen. Sebanyak enam buah cerpen hasil karya Datin Hajjah Azimah Hj Alis, Encik Abdul Razak Husin, Puan Julaiha Mohd Ali, Pn.Jahlelawati Husin, Puan Norhashima Abas dan Encik Mohd Ali Zulkifli telah dibedah siasat oleh peserta bengkel.
Datin Hajjah Azimah menyatakan bengkel ini akan dijalankan secara bersiri dan ini merupakan siri 1. Semua peserta diminta menghasilkan karya untuk dibentang dan dibedah siasat pada bengkel siri 2 nanti. Sementara itu, hasil karya pada hari ini akan dimurnikan hasil bedah siasat hari ini dan akan dibengkelkan semula oleh keenam-enam penulis cerpen.
Selaku penganjur, Jendela PSS berharap akan lahir lebih ramai penulis muda di kalangan guru dan pelajar SMKUR. Jendela PSS mengucapkan tahniah kepada keenam-enam penulis cerpen yang telah dibentangkan.














Wednesday, June 16, 2010

SURAT BERANTAI KEMBALI LAGI

Saya dikejutkan apabila menerima Surat Berantai melalui Facebook. Surat Berantai itu kononnya dari Sheikh Ahmad dari Arab Saudi yang bermimpi bertemu Rasulullah saw. Beliau mengingatkan tentang pentingnya solat, puasa dll. Surat ini seterusnya menyeru penerima menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain dan ganjaran dari Allah akan diterima. Tetapi jika penerima mengabaikan surat ini, penerima diancam menerima musibah.
Saya telah menerima beberapa kali surat berantai ini sejak tahun 1983 lagi. Kini surat itu saya terima melalui cara yang lebih canggih iaitu melalui e-mail dan Facebook. Saya telah merujuk kepada beberapa orang Ustaz dan juga telah membaca beberapa artikel dari ulama'. Hukumnya adalah HARAM kita mempercayai surat berantai ini. Ini adalah salah satu dakyah musuh Islam untuk memesongkan Akidah umat Islam.
Nasihat saya, dapatkanlah nasihat dan pandangan orang yang lebih arif tentang agama sebelum kita mempercayai dan menyebarkan surat berantai ini.
PELIHARALAH AKIDAH KITA.

Monday, June 7, 2010

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Minggu Pusat Sumber Sekolah, SMK Undang Rembau telah dirasmikan oleh Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua Cemerlang SMKUR pada 31 Mei 2010 jam 7.45 pagi di Tapak Perhimpunan sekolah.
Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang minggu PSS yang berlangsung dari 31 Mei 2010 hingga 4 Jun 2010.
1 Jun 2010 hari Selasa jam 8.30 pagi hingga 2.40 petang, Program Majalah Dalam Kelas telah dijalankan di Dewan SMKUR. Ia dikendalikan oleh 3 orang Pegawai dari Dewan Bahasa Dan Pustaka iaitu Encik Abdul Ghani Abu, Encik Armin Azhari Saleh dan Encik Mazlan. Seramai 160

orang pelajar terlibat dari 4 Utarid, 4 Zuhrah, 4 Zuhal dan 4 Musytari.


2 Jun 2010 hari Rabu jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi, Program Bersama Penulis Abdul Latip bin Talib atau lebih dikenali Pak Latip, seorang penulis novel sejarah Islam yang terkenal di Malaysia. Program ini berlangsung di Perpustakaan SMKUR. Beliau telah berkongsi pengalaman dan maklumat tentang perjalanannya sebagai seorang penulis novel sejarah Islam. Seramai 60 orang pelajar dari Pengawas PSS dan pelajar-pelajar yang berminat telah menyertainya. Peserta-peserta telah menunjukkan minat yang mendalam melalui soalan-soalan yang dikemukakan kepada Pak Latip. PSS SMKUR juga telah membuat kejutan kepada Pak Latip apabila membuat sambutan Hari Jadi sempena ulangtahunnya yang ke 56 kebetulan jatuh pada hari ini. Jualan buku-buku beliau juga telah diadakan diakhir program.



Pada sebelah petangnya, dua program lagi telah diadakan di Perpustakaan SMKUR iaitu Spell it Right dan Mencari Harta Karun. Spell it Right telah dijalankan oleh Puan Shaharatul Iza dan Puan Siti Zunaizan. Seramai 28 orang dari menengah rendah dan menengah atas telah menyertainya.

Sementara Pertandingan Mencari Harta Karun telah dikendalikan oleh Puan Rozita Abas. Sebanyak 10 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini menghendaki peserta-peserta mencari maklumat-maklumat seperti sistem DDC, buku-buku, kata-kata hikmah, peraturan, dan sebagainya di Perpustakaan.


3 Jun 2010 hari Khamis jam 8.30 hingga 2.00 petang, Pameran dan Jualan buku-buku keluaran PTS Publications Sdn.Bhd. diadakan di Balai ilmu. Program ini dikendalikan oleh Encik Abdul Razak dengan kerjasama dari Puan Nisah Haron, seorang penulis buku PTS. Pelbagai buku seperti novel, buku agama dan buku motivasi dipamer dan dijual.
4 Jun 2010 hari Jumaat jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari, penghakiman pertandingan yang telah diadakan telah dijalankan oleh AJK Minggu PSS.
PSS SMKUR mengucapkan terima kasih kepada :
Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua SMKUR
Encik Ghani Abu, Encik Armin Azhari, En.Mazlan - Dewan Bahasa dan Pustaka
Encik Abdul Latip bin Talib (Pak Latip) – Penulis Buku
Puan Nisah Haron – Penulis Buku
Guru-guru Penolong Kanan SMKUR
Guru-guru Kanan Matapelajaran SMKUR
Encik Abdul Razak bin Husin
AJK Minggu Pusat Sumber Sekolah, SMKUR
Guru-guru yang membantu menjalankan pertandingan
Pengawas-pengawas PSS
Pelajar-pelajar yang terlibat dalam pertandingan
Semua Guru, kakitangan dan Pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Minggu Pusat Sumber Sekolah, SMKUR.