Wednesday, April 28, 2010

Minggu Teknik Dan Vokasional

Minggu Teknik dan Vokasional peringkat SMK Undang Rembau telah dilancarkan oleh wakil Pengetua iaitu Puan Nor Asikin binti Yahya, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pada jam 8.00 pagi, 26 April 2010 di Tapak Perhimpunan. Puan Rohana binti Alias, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional dalam ucapan alu-aluannya berkata, Minggu Teknik dan Vokasional dirancang dari 26 hingga 30 April 2010. Beliau berharap semua warga SMK Undang Rembau merebut peluang menyertai semua acara dan pertandingan yang dijalankan.
Banyak acara akan dijalankan antaranya, kuiz Lukisan Kejuruteraan, kuiz perdagangan, kuiz Kemahiran Hidup, Demonstrasi Masakan, Demonstrasi rawatan kuku, pameran kerjaya dari IKBN dan ILP, pameran Lukisan Kejuruteraan, pameran Lanskap dan Nurseri, Kempen Keselamatan Jalanraya dan Pameran Formula One.
Pameran-pameran yang berlangsung di Dewan SMK Undang Rembau pada petang Rabu, 28 April 2010 mendapat sambutan yang menggalakkan. Antara pameran yang mendapat sambutan ialah Demonstrasi Masakan, Demonstrasi membuat Keronsang, Rawatan Kuku (dari Kemas Rembau), selain dari pameran dari ILP, IKBN, pelajar Lukisan Kejuruteraan dan Lanskap dan Nurseri.
Sekalung Tahniah kepada semua guru-guru Bidang Teknik dan Vokasional di bawah pimpinan Ketua Bidang yang baru iaitu Puan Rohana bt Alias.










Saturday, April 10, 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 1

Sabtu, 10 April 2010 - Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Siri 1 untuk Guru-guru dan Staf Sokongan SMK Undang Rembau telah diadakan hari ini di Bilik Gerakan SMKUR. Dua slot kursus iaitu slot pertama bertajuk 'Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan' disampaikan oleh Encik Mohd Fahmie bin Kamarudin, Pegawai dari Unit Khidmat Pengurusan Stor, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Slot ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.
Slot kedua pula disampaikan oleh Encik Mozaimi bin Mohammad dari Jabatan Agama Islam Melaka bertajuk 'Etika dan Protokol' berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang.
Dalam kursus ini, para peserta didedahkan dengan pengurusan stok sama ada pembelian pejabat ataupun pembelian oleh Panitia Matapelajaran. Demikian juga peserta didedahkan dengan etika dan protokol ketika menghadiri majlis rasmi dan menganjurkan majlis rasmi. Semoga dengan adanya kursus seumpama ini dapat memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada guru dan staf sokongan menguruskan stok dan menganjurkan majlis-majlis rasmi.





Thursday, April 1, 2010

Mesyuarat Agung Koperasi SMKUR Bhd

Jumaat, 26 Mac 2010 – Mesyuarat Agung Koperasi SMKUR Berhad kali ke 25 telah diadakan di Dewan SMK Undang Rembau. Mesyuarat dimulakan pada jam 8.30 pagi dipengerusikan oleh Encik Adnan bin Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan 1 SMK Undang Rembau. Turut hadir ialah Encik Suhdi bin Abdullah, Pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Tampin/Rembau.
Dalam ucapannya, Encik Suhdi mengucapkan tahniah kepada Koperasi SMKUR Bhd kerana berjaya mengadakan mesyuarat agungnya pada tahun ini.Beliau menyarankan beberapa perkara untuk peningkatan koperasi sekolah antaranya :
- anggota-anggota koperasi boleh memohon pembayaran dividen melebihi 10% sekiranya

keuntungan koperasi sekolah memuaskan.
- Anggota Lembaga Koperasi boleh memohon honorarium melebihi 10 % keuntungan koperasi
- Memohon geran bantuan naik taraf kedai kepada SKM
Dalam majlis ini juga penyampaian cenderahati kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) 2009