Wednesday, May 26, 2010

TAHNIAH

PSS SMKUR telah memilih tema Minggu Pusat Sumber Sekolah, SMK Undang Rembau tahun 2010 yang dicadangkan oleh Encik Abdul Razak bin Husin iaitu PSS Penjana Budaya Ilmu. Pertandingan mencipta tema Minggu PSS 2010 telah diiklankan melalui Facebook Pusat Sumber SMKUR. Tempat kedua dimenangi oleh Nur Azhiem bin Zulkifli dan ketiga Mohd Nasril Wafiy bin Nazri. Tema PSS Penjana Budaya Ilmu ini dengan rasminya digunakan dalam Minggu PSS SMKUR 2010. Tahniah diucapkan kepada Encik Abdul Razak.

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah, SMK Undang Rembau pada 31 Mei hingga 4 Jun 2010 ini, PSS telah merancang beberapa aktiviti untuk mengisi Minggu PSS. PSS mengharapkan semua warga SMKUR iaitu guru-guru, kakitangan sokogan dan pelajar-pelajar dapat menyertai semua aktiviti yang telah dirancang. Penyertaan anda amat kami harapkah untuk menjayakan Minggu PSS ini. Sila hubungi Guru Perpustakaan dan Media , Pembantu PSS, Pengawas PSS atau guru yang mengendalikan pertandingan. Antara aktiviti yang telah dirancang adalah :
1. Harta Karun Explorace (Pn.Rozita)
2. Peta Minda (Pn.Sarimah /En.Rozaime)
3. Kuiz Buku (Pn.Norawati / Pn.Salina)
4. Fail Tegak (Cik Razlina / En.Hafeeszal)
5. Fotografi (En.Azhar)
6. Ulasan Buku (Pn.Zauraidah Bujang)
7. Sinopsis Buku (Pn.Rohani / Cik Norhafifi)
8. Spell It Right (Pn.Shaharatul Iza)
9. Buku Skrap dari Internet (En.Ramdhan)
10.Laman Blog (En.Mohd Ali)
11.Teka Halaman Buku (Pn.Norazliena)
12.Bicara buku Bersama Pak Latip (En.Abd.Razak)
13.Majalah Dalam Kelas (En.Abd.Razak)
14.Bengkel Penulisan (En.Azhar / En.Abd.Razak)

PSS SMKUR amat mengharapkan agar Minggu PSS SMKUR 2010 mendapat sambutan menggalakkan. Terima kasih.

Monday, May 17, 2010

HARI GURU 2010

17 Mei 2010 -Hari Guru peringkat SMK Undang Rembau disambut di Tapak Perhimpunan SMK Undang Rembau. Puan Nor Asikin bt Yahya, Guru Penolong Kanan Hal Ehwan Murid memulakan majlis dengan membaca Perutusan dari Yang Berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, diikuti dengan pembacaan Perutusan dari YAB Menteri Pelajaran Malaysia oleh Encik Adnan bin Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan 1. Mohd Aiman pula telah menyampaikan ucapan bagi pihak pelajar sementara Pengetua Cemerlang menyampaikan ucapan bagi pihak Pengurusan Sekolah.
Dalam majlis ini, guru-guru telah melafazkan ikrar Hari Guru diketuai oleh Pengerusi Kelab Guru dan Pekerja, Encik Mohd Khalis. Guru-guru juga telah menyanyikan dua buah lagu iaitu "Guru Malaysia" dan lagu tema Hari Guru "Guru Pembina Negara Bangsa".
SELAMAT HARI GURU







Sunday, May 9, 2010

Majlis Pelancaran KUNTUM YBK-KKLW 2010

Merlimau, 9 Mei 2010 - Program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Wahab bin Abdul Latif, Exco Kerajaan Negeri Melaka yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka di SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub hari ini. Turut hadir ialah Dato' Haji Zainal Abidin bin Sakom, Pengerusi YBK dan isteri. Beberapa buah sekolah sekitar Melaka dan Negeri Sembilan telah menghantar wakil guru dan pelajarnya. SMK Undang Rembau diwakili oleh GPK HEM Pn.Norasikin Yahya, En.Azhar bin Ahmad dan 16 orang pelajar tajaan YBK.

Yang Berhormat Dato' Abdul Wahab dalam ucapannya meminta para pelajar tajaan YBK belajar bersungguh-sungguh dan menjaga akhlak sebagai pelajar. YBK akan sentiasa membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk bersekolah dan menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus-lumus dan ikhlas mengajar walaupun imbuhan yang diterima tidak setimpal dengan kelulusan guru berijazah.
Sementara itu, Dato' Zainal Abidin pula memberitahu bahawa YBK telahpun bekerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur untuk membantu mempermudahkan kemasukan pelajar-pelajar YBK ke Universiti berkenaan. Beliau juga berkata, YBK telah menyediakan asrama untuk pelajar-pelajar yang memerlukan. YBK akan terus berusaha membebaskan keluarga miskin dari kemiskinan melalui pendidikan.









Thursday, May 6, 2010

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah, SMK Undang Rembau akan menganjurkan Minggu Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada 31 Mei hingga 4 Jun 2010. Pihak kami amat mengharapkan kerjasama dari seluruh Warga SMKUR dan pihak luar untuk menjayakan Minggu PSS 2010. Anda boleh mencadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dimuatkan dalam Minggu PSS. Kami juga mengalu-alukan anda menyertai pertandingan mencipta tema Minggu PSS 2010. Penyertaan anda boleh dibuat dalam Facebook Pusat Sumber SMKUR atau Facebook Azhar bin Ahmad selewat-lewatnya 10 Mei 2010. Terima kasih di atas kerjasama anda.

Wednesday, May 5, 2010

Pesta Muzik Daerah Rembau

5 Mei 2010 - Pesta Muzik peringkat daerah Rembau telah diadakan dan dianjur oleh SMK Undang Rembau. Pesta Muzik ini disertai oleh 5 buah sekolah menengah dan 10 buah sekolah rendah di daerah Rembau. Antara acara yang dijalankan ialah Kompang, koir, tarian, dan nyanyian solo.

Majlis penutupan Pesta Muzik tahun 2010 disempurnakan oleh Datin Hajjah Naemah binti Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau. Dalam ucapannya Datin Hajjah Naemah berkata, muzik bukan semata-mata hiburan tetapi ianya salah satu matapelajaran yang diajar di sekolah untuk mengasah bakat pelajar-pelajar. Bidang kerjaya dalam bidang muzik juga cukup luas. Beliau menyeru pelajar-pelajar memanfaatkan pendidikan Muzik.
Jendela PSS mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Kepada pasukan kompang SMK Undang Rembau diucapkan tahniah kerana muncul sebagai johan kompang daerah Rembau.