Wednesday, April 28, 2010

Minggu Teknik Dan Vokasional

Minggu Teknik dan Vokasional peringkat SMK Undang Rembau telah dilancarkan oleh wakil Pengetua iaitu Puan Nor Asikin binti Yahya, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pada jam 8.00 pagi, 26 April 2010 di Tapak Perhimpunan. Puan Rohana binti Alias, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional dalam ucapan alu-aluannya berkata, Minggu Teknik dan Vokasional dirancang dari 26 hingga 30 April 2010. Beliau berharap semua warga SMK Undang Rembau merebut peluang menyertai semua acara dan pertandingan yang dijalankan.
Banyak acara akan dijalankan antaranya, kuiz Lukisan Kejuruteraan, kuiz perdagangan, kuiz Kemahiran Hidup, Demonstrasi Masakan, Demonstrasi rawatan kuku, pameran kerjaya dari IKBN dan ILP, pameran Lukisan Kejuruteraan, pameran Lanskap dan Nurseri, Kempen Keselamatan Jalanraya dan Pameran Formula One.
Pameran-pameran yang berlangsung di Dewan SMK Undang Rembau pada petang Rabu, 28 April 2010 mendapat sambutan yang menggalakkan. Antara pameran yang mendapat sambutan ialah Demonstrasi Masakan, Demonstrasi membuat Keronsang, Rawatan Kuku (dari Kemas Rembau), selain dari pameran dari ILP, IKBN, pelajar Lukisan Kejuruteraan dan Lanskap dan Nurseri.
Sekalung Tahniah kepada semua guru-guru Bidang Teknik dan Vokasional di bawah pimpinan Ketua Bidang yang baru iaitu Puan Rohana bt Alias.










0 comments: