Sunday, July 12, 2009

Kursus Pengawas PSS 2009

Hari Pertama


Hari Kedua





Hari Ketiga



Kursus Pengawas PSS 2009 Khamis – 30 April 2009 : Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk Pengawas Pusat Sumber SMK Undang Rembau pada 28, 29 dan 30 April 2009. Sesi kursus bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang setiap hari ini dihadiri oleh 48 orang Pengawas PSS tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Jurulatih Utamanya dari Pegawai Teknologi Pendidikan yang berpengalaman dari PKG Rembau iaitu Puan Noraini bt Abd Aziz dari Encik Mohd Fairuz bin Othman. Antara pengisian kursus adalah Peranan dan Tanggungjawab Pengawas PSS, Proses Teknik Buku dan Bukan Buku, Keceriaan PSS dan Fail Tegak. Adalah diharapkan Pengawas PSS sekolah ini akan lebih berpengetahuan dan bermotivasi dalam menjalankan tugas pada masa akan datang. Dengan ini visi PSS SMKUR iaitu “Ke arah Pengautomasian PSS SMKUR Menjelang 2010” akan tercapai.

0 comments: