Melaka, 5 Jun 2009 - Puan Hajjah Rohani binti Abdul Razak, Pembantu Tadbir SMK Undang Rembau diraikan di King Hotel, Melaka. Pn.Hjh.Rohani yang akan menamatkan perkhidmatannya pada 9 Jun 2009 diraikan kira-kira 45 orang guru dan kakitangan dalam jamuan hi-tea. Encik Adnan bin Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan 1 sekolah ini mengucapkan terima kasih bagi pihak sekolah atas khidmat cemerlangnya di sekolah ini. Sementara Pn. Nor Hilmy, Ketua Pembantu Tadbir sekolah ini menyifatkan Pn.Rohani sebagai rakan dan kakitangan yang baik sepanjang khidmatnya di sini. Dalam ucapan balasnya, Pn.Hjh.Rohani merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang selama ini memberikan kerjasama kepada beliau menjalankan tugas. Suami Pn.Hjh.Rohani, Tn.Hj.Mahmud turut hadir dalam majlis tersebut.
Sunday, July 12, 2009
Majlis Persaraan Pn.Hjh.Rohani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment