Wednesday, March 2, 2011

Program Baca@Kelantan

Pusat Sumber Sekolah, SMK Undang Rembau telah mengadakan Program Baca@Kelantan pada 30 Januari hingga 2 Februari 2011. Program yang disertai oleh 30 orang Pengawas PSS dan 12 orang Guru PSS adalah program tertangguh dan diubahsuai dari Program Baca@KTMB. Program Baca@KTMB yang sepatutnya diadakan pada bulan Oktober 2010 ini tertangguh beberapa kali kerana masalah cuaca di Pantai Timur penghujung tahun 2010.
Program ini mendapat kerjasama dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah memberi sumbangan sebanyak RM2000.00. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membaca buku di dalam bas sepanjang perjalanan, melawat beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu seperti Rantau Panjang, Pasar Siti Khadijah, Kilang Batik, Pasar Payang, Taman Tamadun Islam dan Kilang Keropok Lekor.
Jendela PSS berharap agar Program Baca@KTMB akan dapat diusahakan pada masa akan datang.













Thursday, February 24, 2011

KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN
SMK UNDANG REMBAU
KALI KE-55 2011


TARIKH:
23,24, DAN 25 FEBRUARI 2011

TEMPAT:
PADANG SMK UNDANG REMBAU


PERASMIAN PENUTUPAN OLEH:
DATIN HJH.NAEMAH BINTI AHMAD DAHALAN
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH REMBAU

BERSAMA KITA MENJAYAKANNYA

Monday, January 31, 2011

PENGUMUMAN DARI PSS

1) Langganan suratkhabar dan majalah akan bermula dari 7 Februari 2011.
2) Guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh membawa murid-murid ke perpustakaan bagi program NILAM mulai minggu hadapan. Sila rujuk jadual penggunaan yang ditampal di papan-papan kenyataan di hadapan pejabat dan bilik guru.
3) Sebarang peminjaman atau pemulangan buku-buku oleh murid hanya boleh dilakukan semasa waktu rehat sahaja. Bagi murid-murid yang terlibat di dalam program NILAM, peminjaman atau pemulangan buku-buku boleh juga dilakukan semasa waktu penggunaan kelas anda.

Jawatankuasa PSS ingin mengucapkan 'Selamat Tahun Baru Cina' kepada semua warga SMKUR yang berbangsa Cina.

Tuesday, January 4, 2011

Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2011

Kepada Semua Guru SMK Undang Rembau,

Tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut pada :
Tarikh : 6 Januari 2011 (Khamis)
Masa : 3.15 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMKUR

Kehadiran adalah diwajibkan.
Terima kasih.

Sunday, December 26, 2010

GURU PERPUSTAKAAN MEDIA 2011


Berkuatkuasa 1 Januari 2011, Puan Azalina binti Ahmad Bakri akan mengambil alih tugas sebagai Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SMK Undang Rembau. Beliau mengambil alih tugas daripada Encik Azhar bin Ahmad. Diharapkan Puan Azalina akan menjalankan tugas sebagai GPM dengan baik dan membawa Pusat Sumber SMKUR lebih cemerlang di masa akan datang. Kami yakin dengan pengalaman dan kewibawaan beliau, beliau mampu menerajui PSS SMKUR dengan cemerlang. Jendela PSS mengucapkan TAHNIAH di atas perlantikan Puan Azalina sebgai GPM SMKUR.

MESYUARAT GURU SESI 2011

Kepada Semua Guru SMK Undang Rembau,

Dengan hormatnya tuan / puan dijemput hadir ke Mesyuarat Guru SMK Undang Rembau bagi sesi persekolahan 2011 pada :

  • Tarikh : 29 Disember 2010
  • Hari :Rabu
  • Masa : 8.30 pagi
  • Tempat : Bilik Gerakan SMKUR
Semua guru SMK Undang Rembau diwajibkan hadir.
Terima kasih.

Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR 2010

23 Disember 2010 - Keputusan Penilaian Menengah Rendah tahun 2010 telah diumumkan hari ini di Dewan SMKUR. Pengumuman dibuat oleh Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua Cemerlang SMKUR. Seramai 22 orang telah mendapat A dalam semua matapelajaran. Bilangan ini meningkat 100% dari pada tahun 2009 iaitu 11 orang. Turut hadir semasa pengumuman ialah Datin Hajjah Naemah bt Ahmad Dahlan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau. Dalam ucapannya, Datin Naemah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang cemerlang. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ibubapa dan guru-guru yang telah berusaha meningkatkan pencapaian ini. Jendela PSS mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar-pelajar dan ibubapa yang cemerlang, guru-guru yang tanpa jemu membimbing pelajar-pelajar ini. Diharapkan kecemerlangan ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.