Sunday, December 26, 2010

GURU PERPUSTAKAAN MEDIA 2011


Berkuatkuasa 1 Januari 2011, Puan Azalina binti Ahmad Bakri akan mengambil alih tugas sebagai Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SMK Undang Rembau. Beliau mengambil alih tugas daripada Encik Azhar bin Ahmad. Diharapkan Puan Azalina akan menjalankan tugas sebagai GPM dengan baik dan membawa Pusat Sumber SMKUR lebih cemerlang di masa akan datang. Kami yakin dengan pengalaman dan kewibawaan beliau, beliau mampu menerajui PSS SMKUR dengan cemerlang. Jendela PSS mengucapkan TAHNIAH di atas perlantikan Puan Azalina sebgai GPM SMKUR.

MESYUARAT GURU SESI 2011

Kepada Semua Guru SMK Undang Rembau,

Dengan hormatnya tuan / puan dijemput hadir ke Mesyuarat Guru SMK Undang Rembau bagi sesi persekolahan 2011 pada :

  • Tarikh : 29 Disember 2010
  • Hari :Rabu
  • Masa : 8.30 pagi
  • Tempat : Bilik Gerakan SMKUR
Semua guru SMK Undang Rembau diwajibkan hadir.
Terima kasih.

Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR 2010

23 Disember 2010 - Keputusan Penilaian Menengah Rendah tahun 2010 telah diumumkan hari ini di Dewan SMKUR. Pengumuman dibuat oleh Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua Cemerlang SMKUR. Seramai 22 orang telah mendapat A dalam semua matapelajaran. Bilangan ini meningkat 100% dari pada tahun 2009 iaitu 11 orang. Turut hadir semasa pengumuman ialah Datin Hajjah Naemah bt Ahmad Dahlan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau. Dalam ucapannya, Datin Naemah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang cemerlang. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada ibubapa dan guru-guru yang telah berusaha meningkatkan pencapaian ini. Jendela PSS mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar-pelajar dan ibubapa yang cemerlang, guru-guru yang tanpa jemu membimbing pelajar-pelajar ini. Diharapkan kecemerlangan ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.















Friday, October 29, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN PSS 2010

Khamis, 28 Oktober 2010 - Pusat Sumber Sekolah, SMK Undang Rembau mengadakan jamuan akhir taun 2010. Seramai 25 orang Pengawas PSS telah hadir. Turut hadir ialah Puan Norziah binti Mohd Yusof, Ketua Bidang Kemanusiaan selaku wakil Pengetua. Jamuan ini diaakan adalah untuk meraikan Pengawas PSS Tingkatan 5 yang akan menamatkan zaman persekolahan tidak lama lagi. Jendela PSS mengucapkan terima kasih kepada semua Pengawas PSS yang telah berusaha untuk menjayakan semua program PSS pada tahun ini. Kepada Pengawas PSS Tingkatan 5 diharapkan semoga berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2010 dan seterusnya berjaya mencapai cita-cita mereka.










Friday, August 27, 2010

Majlis Khatam Al Quran

Jumaat, 27 Ogos 2010 - Majlis Khatam Al Quran peringkat SMK Undang Rembau anjuran Panitia Pendidikan Islam telah diadakan di Tapak Perhimpunan SMKUR pagi tadi. Seramai 20 orang pelajar dan 50 orang guru telah terlibat dalam Tadarus Al Quran yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan al Mubarak di Surau sekolah dan juga di rumah sendiri. Kemuncaknya pada pagi ini, Majlis Khatam Al Quran diadakan bagi menyambut Nuzul Quran. Turut hadir dalam majlis ini adalah Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua SMK Undang Rembau, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru dan pelajar-pelajar yang beragama Islam. Jendela PSS berharap agar majlis seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang.