Thursday, July 16, 2009
PERJUMPAAN TIGA PENJURU
Posted by PSS SMK UNDANG REMBAU, NSDK 0 comments
Sunday, July 12, 2009
Wajah Baru Laman Blog PSS
GPM sedang membuat beberapa pindaan dan menyusun kembali blog PSS agar lebih baik sesuai dengan peranannya sebagai Pusat Sumber Sekolah. Beberapa pindaan akan dibuat dan kini beberapa maklumat telah terpadam secara tidak sengaja. Walau bagaimanapun GPM akan terus berusaha untuk memantapkan Laman Blog PSS. GPM memohon maaf kerana mungkin ada maklumat penting bagi anda telah terpadam. GPM mengharapkan pandangan dari anda untuk menambahbaik Laman Blog ini. Sebarang pandangan dan cadangan bolehlah dikemukakan melalui e-mail az_a66@yahoo.com atau psssmkur@gmail.com . Sekian terima kasih.
Posted by PSS SMK UNDANG REMBAU, NSDK 0 comments
SELAMAT BERTUGAS
Isnin, 13 Julai 2009 - Tuan Haji Rafiei bin Haji Mustapha telah mula menjalankan tugas seperti biasa sebagai Pengetua Cemerlang SMK Undang Rembau. Beliau yang telah kembali ke tanah air pada 11 Julai yang lalu kelihatan sihat dan bertenaga menjalankan tugasnya. Memulai tugasnya dengan menghadiri Perhimpunan Mingguan di Dewan Besar SMKUR. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Encik Adnan bin Abd.Rahman kerana telah menjalankan tugas dengan baik sebagai pemangku Pengetua sepanjang ketiadaanya. Demikian juga kepada semua guru yang telah menjalankan tugas dengan baik. Katanya, beliau sentiasa mengikuti perkembangan terkini SMKUR melalui Laman Blog PSS. Beliau berharap semua pelajar dan guru memanfaatkan teknologi maklumat. Beliau juga telah berkongsi pengalaman sepanjang dua bulan di London. Tambahnya lagi, banyak perkara yang perlu diambil, dipelajari dan diaplikasikan untuk memantap dan memartabatkan pendidikan di negara kita.
Posted by PSS SMK UNDANG REMBAU, NSDK 0 comments
MAKLUMAT DARI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,Kepada pengguna-pengguna EduWebTV,Terima kasih kerana melayari EduWebTV portal, seperti yang kita semua tahuEduWebTv merupakan laman web pendidikan digital daripada Bahagian TeknologiPendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia. Laman web ini dibinakerana ianya adalah salah satu usaha kerajaan untuk menyampaikan pelajarankepada semua golongan terutamanya kepada pelajar melalui IT.Justeru itu, kami memohon jasa baik daripada pihak pengguna EduWebTV untukmemberikan sebarang komen, cadangan atau pandangan bertujuan sebagai penambahbaikkan agar pihak kami dapat meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami untuk kepentingan bersama. Pihak tuan-tuan dan puan-puan boleh memberi cadangan dari pelbagai aspek halaman web yang sedia ada, termasuk sekiranya terdapat cadangan tambahan yang perlu ditokok tambah di dalam halaman EduWebTV portal. Sebarang komen, cadangan dan pandangan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan untuk menambah baik program ini amatlah dihargai. Sekiranya mempunyai lain-lain masalah berkaitan EduWebTV, sila hubungi kami di talian hotline 1 300 88 9325 atau fakskan kepada 03-91733325 atau emelkan kepada kami di alamat helpdesk@zeal-hitech.comUntuk maklumat lanjut dan rujukan mengenai EduWebTV, sila layariwww.eduwebtv.com/helpdesk.Sekian, Terima Kasih,\"Bersama Memacu Pendidikan Cemerlang\"Pengurusan Helpdesk EduWebTV,Tel: 1 300 88 9325 Fax : 03 - 9173 3325Email: helpdesk@zeal-hitech.comHelpdesk Website: http:www.eduwebtv.com/helpdeskEduwebtv Website: http:www.eduwebtv.com
Posted by PSS SMK UNDANG REMBAU, NSDK 0 comments
LAWATAN PSS SMKUR KE TERANGGANU
Seramai 15 orang guru dan 25 orang Pengawas PSS SMK Undang Rembau telah mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Terengganu pada 4 dan 5 Julai 2009. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada Jawatankuasa PSS mengenali lebih dekat tentang budaya setempat dan tempat-tempat menarik di sana. Perjalanan bermula jam 9.30 malam dan sampai di Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah di Cendering pada jam 5.30 pagi. Selepas solat subuh, sarapan pagi di Kuala Terengganu sebelum ke Pasar Payang. Kami berkesempatan ke Seberang Takir menaiki bot penambang. Di Seberang Takir, kami melawat kilang membuat keropok lekor. Kami masuk ke rumah sewa pada jam 10.00 tegahari. Selepas makan tengahari, kami ke Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man. Di sana kami dibawa melihat masjid-masjid termasyhur di dunia menaiki trem dan sebahagian pelajar menaiki basikal. Di sebelah petangnya kami ke dataran Terengganu berhampiran Pasar Payang. Hari kedua, 5 Julai 2009 - Kami ke Muzium Terengganu di Losong. Kami diberitahu bahawa muzium ini adalah muzium terbesar di Asia Tenggara. Memang benar, kami terpaksa menaiki Trem untuk menjelajah keseluruh kawasan muzium melihat rumah-rumah Terengganu. Kami bertuah kerana kebetulan pada waktu ini, Muzium Terengganu menganjurkan dua aktiviti iaitu Pameran Pelamin dan Pertandingan Melukis di perkarangan Muzium. Malangnya kami tidak dibenarkan membawa kamera untuk merakam suasana di dalam muzium. Kami dibawa pula ke Losong untuk menikmati keropok losong yang popular itu. Selepas itu kami ke Kompleks Nur Arfa di Chendering. Di sana kami dapat menyaksikan demonstrasi membuat barangan dari kristal dan demonstrasi membuat batik. Dan tidak kurang juga yang membeli belah barangan batik dan kraftangan yang lain di pusat membeli belah Nur Arfa. Jam 4.00 petang kami bertolak pulang dan sampai dengan selamatnya di Rembau jam 1.30 pagi.
Posted by PSS SMK UNDANG REMBAU, NSDK 0 comments
Labels: Lawatan