Sunday, July 12, 2009

HARI GURU PERINGKAT DAERAH REMBAU





Pedas 18 Jun 2009 - Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Rembau 2009 telah diadakan di Dewan SMK Agama Pedas. Sambutan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Zaifulbahri bin Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, dan warga pendidik dari daerah Rembau. Yang Berhormat Tuan Zaifulbahri dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada warga guru yang selama ini mendidik anak bangsa tanpa kenal erti jemu. Beliau turut memberi sumbangan kepada majlis ini sebanyak RM4000.00 Dalam majlis ini, guru-guru SMK Undang Rembau telah diberi penghormatan membuat persembahan koir yang dipimpin oleh En.Ishak Mohd Nor. Sebanyak empat buah lagu dipersembahkan iaitu Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa, You're My Everything, Bersama Menjana Kecemerlangan (lagu ciptaan En.Ishak).


0 comments: