Sunday, July 12, 2009

SALAM DARI LONDON

Assalamualaikum, Terima kasih atas panduan yang diberi. Nanti saya cuba. Teruskan penambahbaikan ke atas laman web pusat sumber dan tahniah atas usaha cikgu. Saya masih dalam program lawatan ke sekolah. Hari ini sekolah ada sukan. Kebetulan The Cavendish School adalah sekolah Sport Specialist atau sekolah kluster sukan. Kemudahan sukannya memang world class. begitu juga pengurusan program berkaitan sukan. Petang semalam semua peserta kursus berpeluang berjumpa dengan Datuk Abd. Ghafur, Ketua Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti yang kebetulan berada di London menghadiri conference Ofsted dan konvokesyen anaknya. Saya dapat hantar gambar di Cavendish School ketika melawat bilik masakan. Salam.

0 comments: