Sunday, July 12, 2009

Bazar Baca SMK Undang Rembau

Sabtu, 22 Mei 2009 - Pusat Sumber Sekolah SMK Undang Rembau buat pertama kalinya menganjurkan Bazar Baca dengan kerjasama Pustaka Sri Perpatih pada 23 dan 24 Mei 2009. Bazar Baca ini diadakan di Dewan Besar SMK Undang Rembau. Bazar Baca ini bukan saja untuk warga SMKUR, tetapi juga terbuka kepada semua pelajar, guru dan masyarakat di daerah Rembau. Pelbagai bahan bacaan seperti buku rujukan PMR dan SPM, buku rujukan guru, buku rujukan umum, novel, pelagai majalah, kamus elektronik dan alatulis dijual disini. Tawaran potongan harga dari 10% hingga 70% terhadap buku-buku terpilih, malah ada buku dijual semurah 50 sen sebuah. Selain itu Pusat Sumber Sekolah tidak ketinggalan menjual minuman , permintaan lagu dan beberapa permaianan diadakan untuk pengunjung. Cabutan bertuah juga diadakan bagi setiap pembelian RM30.00. Bazar Baca menerima pengunjung pertama iaitu En.Adnan bin Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan 1 SMKUR. Beliau sanggup datang awal walaupun terpaksa menunggu sehingga pintu dibuka. En. Adnan mengucapkan tahniah kepada PSS SMKUR kerana berjaya menganjurkan program ini. Tambahnya lagi, Bazar Baca perlu dijadikan agenda tahunan PSS SMKUR agar budaya membaca dapat dipertingkatkan. Mohd Efizul Helmi, pelajar SMKUR pula berkata, Bazar Baca memberi peluang kepada pelajar dan ibubapa membeli buku-buku pelajaran kerana kurangnya kedai buku di pekan Rembau. Sementara Nor Ziatul Anira, Pengerusi Pengawas PSS SMKUR berharap Bazar Baca perlu diadakan pada awal tahun memandangkan agak lewat bagi calon-calon PMR dan SPM membeli buku rujukan. Dari mula pintu dibuka sehinggalah ditutup pada jam 5.00 petang, Bazar Baca tidak putus-putus dikunjungi pengunjung dari pelbagai peringkat umur.




0 comments: