Thursday, July 16, 2009

PERJUMPAAN TIGA PENJURU

Rabu, 15 Julai 2009 - Program Perjumpaan Tiga Penjuru telah diadakan hari ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Pada sebelah pagi, perjumpaan ini diadakan di kelas pelajar. Semua pelajar terlibat kecuali pelajar Kelas Rancangan Khas Tingkatan3 diadakan di dewan sekolah dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Peluang ini diambil oleh ibubapa pelajar untuk bertanya dan berbincang tentang perkembangan pelajaran anak-anak di sekolah. Sambutan dari pihak ibubapa amat menggalakkan. Malah pada jam 1.00 tengahari didapati masih ada lagi ibubapa yang hadir bertemu guru.





0 comments: