Sunday, July 12, 2009

Jamuan Persaraan Puan Siti Rohani bt Abdul Razak




Jumaat, 29 Mei 2009 – Guru-guru SMKUR telah mengadakan jamuan di bilik guru untuk meraikan Pn.Siti Rohani bt Abd.Razak, Pembantu Tadbir sekolah ini yang akan bersara pada 6 Mei 2009. Pn.Siti Rohani telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 1982. Jamuan itu adalah anjuran Kelab Guru SMKUR. Persiapan jamuan dibuat secara gotong-royong di mana makanan dibawa oleh guru-guru dari rumah. PSS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn.Siti Rohani atas khidmat dan jasa yang telah diberikan di sekolah ini. PSS juga mengucapkan selamat maju jaya selepas persaraan.

0 comments: