Friday, August 28, 2009

KAWAD KAKI PIALA KEMERDEKAAN

15 Ogos 2009 - Unit Kokurikulum SMK Undang Rembau telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Piala Kemerdekaan Kali Ke 2 peringkat SMUR di Tapak Perhimpunan sekolah ini. Semua badan berunifom sekolah ini mengambil bahagian dalam kategori putera dan puteri.
Menurut Puan Hajjah Norribah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, pertandingan ini diadakan untuk persediaan pasukan unifom mengambil bahagian dalam pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah tahun hadapan. Di samping itu, program ini dapat memupuk semangat berpasukan dan disiplin di kalangan pelajar.
Keputusan Pertandingan :

Putera :
Johan - Kadet Polis
Naib Johan - Kadet Remaja Sekolah
Ketiga - Kadet Jabatan Pertahanan Awam

Puteri :
Johan - Kadet Polis
Naib Johan - Bulan Sabit Merah Malaysia
Ketiga - Kadet Jabatan Pertahanan Awam
PSS mengucapkan tahniah kepada pemenang. Kepada yang kurang berjaya, semoga meningkatkan usaha di masa akan datang.


















SALAM PERPISAHAN BUAT PENGETUA

31 Julai 2009 - Tuan Haji Rafiei bin Haji Mustapha, Pengetua Cemerlang SMK Undang Rembau telah mengakhiri tugasnya di sekolah ini kerana telah ditukarkan ke Sekolah Menengah Sains Ulu Selangor, Kuala Kubu Bharu mulai 1 Ogos 2009.

Majlis perpisahan telah diadakan pada 31 Julai 2009 di SMK Undang Rembau. Majlis dimulai dengan perhimpunan rasmi bersama pelajar SMKUR di Tapak Perhimpunan. Turut hadir ialah Datuk Mohd.Nizam bin Dato' Haji Muhammad Shariff, Yang Dipertua PIBG SMK Undang Rembau.
Dalam ucapannya, Tuan Haji Rafiei merakamkan terima kasih di atas kerjasama dari semua pihak sepanjang beliau menjalankan tugasnya di SMK Undang Rembau sejak tahun 2007
Sementara itu, Encik Adnan bin Abdul Rahman Guru Penolong Kanan 1 SMKUR menyifatkan beliau sebagai seorang yang komited terhadap tugas, prihatin, penyayang tetapi tegas, dan amat mementingkan disiplin di kalangan guru dan pelajar. Beliau juga banyak membawa perubahan kepada sekolah ini.
Pusat Sumber Sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Haji Rafiei atas usaha beliau menaik taraf PSS SMKUR. Beliau telah memberi perhatian penuh kepada proses perpindahan PSS ke lokasi baru di Blok L dan beliau juga telah menjayakan program Khidmat Bantu PSS dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dan Pusat Kegiatan Guru Rembau sehingga PSS SMKUR berjaya mendapat Gred A dalam penggredan tahun 2008. Insya Allah pada tahun 2009 ini, PSS SMKUR berazam untuk mengekalkan gred A dengan peratus yang lebih tinggi. Jasa Tuan Haji Rafiei tetap di kenang di Pusat Sumber Sekolah, SMK Undang Rembau.