Monday, March 29, 2010

Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010

27 Mac 2010 - Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Kelab Setia dan Rukun Negara dan Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC. Pusat Sumber Sekolah diketuai oleh GPM, En.Azhar bin Ahmad, turut dianggotai oleh Puan Haliza bt Muhammad, Puan Norfarhana dan Cik Aishah dan 40 orang Pengawas PSS / ahli Kelab PSS. Sementara Kelab Setia dan Rukun Negara dan Persatuan Bahasa Melayu diketuai oleh Encik Abdul Razak bin Husin, Encik Rozaime bin Ishak, Encik Mohd Ali bin Zulkifli, Puan Rosmawati bt Rosli dan Puan Norawati bt Omar dan disertai 36 orang ahli kelab masing-masing.

Tepat jam 8.00 pagi bas bergerak dari SMK Undang Rembau dan sampai di PWTC kira-kira jam 9.40 pagi. Pesta Buku adalah acara tahunan sejak 29 tahun lalu adalah anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Malaysia Book Industry Council dan beberapa agensi lain.
Lawatan ini banyak memberi manfaat kepada guru dan pelajar kerana selain dari dapat membeli buku-buku pelbagai judul dengan harga yang lebih murah, mereka juga dapat menambah pengetahuan dari pelbagai pameran yang diadakan.
Nor Shafiqah bt Juraimi berkata, lawatan ini amat menyeronokkan selain dari dapat memberi buku-buku rujukan PMR dengan harga yang labih murah. Mohd Efizulhilmi pula berkata, menaiki Jejantas Udara KLCC merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Beliau juga berharap lawatan seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.




Tuesday, March 23, 2010

Kursus Masakan

23 Mac 2010 - Bidang Teknik dan Vokasional dengan kerjasama Kemas Daerah Rembau telah menganjurkan Kursus Masakan di Bengkel Masakan Kemas Daerah Rembau. Kursus ini adalah sebahagian dari Siri Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan dihadiri oleh 16 orang guru Bidang Teknik dan Vokasional dan diketuai oleh Puan Rohana binti Alias, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional SMK Undang Rembau. Dua jenis kek telah diajar oleh Puan Zila iaitu Kek Mable dan Kek Coklat Kukus. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan tips-tips masakan dan beberapa resipi lain seperti Apam Tepung gandum dan Sos Popia.
Puan Rohani Syariff berharap kursus ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Puan Rohana berkata, kursus seperti ini wajar diteruskan di masa akan datang. Tambahnya lagi, beliau merancang akan menganjurkan kursus membuat Pizza dan Roti.







Thursday, March 11, 2010

Pengumuman Keputusan SPM 2009

Khamis, 11 Mac 2010 - Keputusan SPM 2009 diumumkan di dewan SMKUR pada jam 1.00 petang. Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Zaifulbahri bin Idris (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Cembong), Datin Hajjah Naemah bt Ahmad Anuar (Pegawai Pelajaran Daerah Rembau), Pegawai-pegawai dari PPD Rembau, YDP dan Naib YDP PIBG, Pengetua Cemerlang SMKUR, guru-guru, ibubapa dan pelajar SPM 2009. Pengumunan disampaikan oleh Datin Hajjah Azimah bt Alis, Pengetua Cemerlang SMKUR sementara penyampaian slip keputusan cemerlang disampaikan oleh YB Tuan Zaifulbahri.
Nur Shamim binti Ismail dan Nurul Elifa binti Mohd Zaini Tee muncul sebagai calon terbaik dengan mendapat 9A dalam semua matapelajaran. YB Zaifulbahri dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Pengetua, guru-guru, ibubapa dan pelajar-pelajar SPM 2009. Tambahnya lagi, tanpa gandingan tenaga dan kerjasama dari semua pihak ini, kejayaan seperti ini tidak dapat dicapai. Beliau berbangga kerana SMKUR muncul sekolah terbaik di Daerah Rembau dan Daerah Rembau mendahului daerah lain dari segi pencapaian kelulusannya. YB Tuan Zaifulbahri seterusnya mengumumkan sumbangan kepada sekolah sebanyak RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU (RM2000.00) Jendela PSS mengucapkan Tahniah kepada semua yang cemerlang dalam SPM 2009.


Pelajar Cemerlang

Nur Syamim binti Ismail : 9A
Nurul Elifa binti Mohd Zaini Tee : 9A
Rupini a/p Manoharan : 9A 2C
Woon Conn Lee : 9A, 1 B
Ang Kai Sern : 9A, 2B
Lee Tiam Wee : 9A, 1B
Lee Hian Woon : 7A, 1B, 2C
Nurul Ain bt Zainudin : 7A, 1B, 1C
Chan YanYing : 6A, 3B, 1C
Nur Syafiqah bt Rusli : 6A, 3B
Muhd Hafeez bin Amran : 5A, 1B, 3C
Muhd Nabeel Farhan bin Rosli : 5A, 2B, 1C, 1D
Nor Aida bt Hamzah : 5A, 3B, 1D
Connie Serica a/p Sik Zahari : 5A, 1B 3D
Nurul Sayznim bin Sulaiman : 5A, 2B, 3C
Nur Afiqah bt Rahim : 5A, 4B
Amirah Husna bt Abd Halim : 5A, 3B, 1C
Lee Yen Wei : 5A
Nora Shamimi bt Khairuddin : 5A, 1B, 2C, 1D
Haffizul Helmie bin Mat Kamal : 5A
Lee Shoon Whei : 5A
Nur Syafiqah bt Ahmad Sandera Lela Putera : 5A

ANALISA KEPUTUSAN SPM 2009

Bahasa Melayu
Cemerlang : 20.3 %
Lulus : 93.1 %

Bahasa Ingeris
Cemerlang : 10.7 %
Lulus : 72 %

Pendidikan ISlam
Cemerlang : 17.4 %
Lulus : 84.2 %

Pendidikan Moral
Cemerlang : 34.3 %
Lulus : 82.9 %

Sejarah
Cemerlang : 11.7 %
Lulus : 64.1 %

Matematik
Cemerlang : 19.7 %
Lulus : 73.4 %

Science
Cemerlang : 5.4 %
Lulus : 92.3 %

Kesusasteraan Melayu
Cemerlang : -
Lulus : 58.6 %

Geografi
Cemerlang : 7.0%
Lulus : 97.7 %

P.Seni Visual
Cemerlang : 3.8 %
Lulus 95.0 %

Additional Mathematics
Cemerlang : 9.2 %
Lulus : 64.1 %

Sains Pertanian
Cemerlang : -
Lulus : 44.4 %

Perdagangan
Cemerlang : - 5.3 %
Lulus : 84.2 %

Prinsip Perakaunan
Cemerlang : 16.2 %
Lulus : 81.1 %

Ekonomi Asas
Cemerlang : 12.8 %
Lulus : 89.7 %

Lukisan Kejuruteraan
Cemerlang : 59.4 %
Lulus : 93.8 %

Reka Cipta
Cemerlang : 7.1 %
Lulus : 100 %

Physic
Cemerlang : 11.8 %
Lulus : 98.5 %

Chemistry
Cemerlang : 17.9 %
Lulus : 98.5 %

Biology
Cemerlang : 11.1 %
Lulus 100 %

Tasawur Islam
Cemerlang : 2.6 %
Lulus : 74.4 %

Bahasa Cina
Cemerlang : -
Lulus : 100 %

Bahasa Tamil
Cemerlang : 25 %
Lulus : 100 %

Lanskap dan Nurseri
Cemerlang : -
Lulus : 100 %

Keseluruhan :

Gred Purata Sekolah : 5.82

Sunday, March 7, 2010

Gotong-royong SMKUR

Sabtu, 6 Mac 2010 - Gotong-royong peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini iaitu hari persekolahan yang menggantikan Cuti Tahun Baru Cina. Acara dimulakan dengan taklimat dari Puan Norasikin bt Yahya, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Tapak Perhimpunan SMKUR. Pelajar dibahagikan mengikut kelas untuk membersihkan bilik-bilik dan kawasan sekolah. Gotong-royong bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 10.30 pagi. Sementara dari jam 11.00 hingga 12.00 tengahari, guru-guru dan pelajar-pelajar bergotong-royong di dalam kelas masing-masing. Pasukan Bomba an Penyelamat Daerah Rembau turut hadir untuk meninjau sarang tebuan di Bilik Tayangan dan ianya akan dihapuskan pada sebelah malamnya.