Thursday, March 11, 2010

Pengumuman Keputusan SPM 2009

Khamis, 11 Mac 2010 - Keputusan SPM 2009 diumumkan di dewan SMKUR pada jam 1.00 petang. Majlis ini dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Zaifulbahri bin Idris (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Cembong), Datin Hajjah Naemah bt Ahmad Anuar (Pegawai Pelajaran Daerah Rembau), Pegawai-pegawai dari PPD Rembau, YDP dan Naib YDP PIBG, Pengetua Cemerlang SMKUR, guru-guru, ibubapa dan pelajar SPM 2009. Pengumunan disampaikan oleh Datin Hajjah Azimah bt Alis, Pengetua Cemerlang SMKUR sementara penyampaian slip keputusan cemerlang disampaikan oleh YB Tuan Zaifulbahri.
Nur Shamim binti Ismail dan Nurul Elifa binti Mohd Zaini Tee muncul sebagai calon terbaik dengan mendapat 9A dalam semua matapelajaran. YB Zaifulbahri dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Pengetua, guru-guru, ibubapa dan pelajar-pelajar SPM 2009. Tambahnya lagi, tanpa gandingan tenaga dan kerjasama dari semua pihak ini, kejayaan seperti ini tidak dapat dicapai. Beliau berbangga kerana SMKUR muncul sekolah terbaik di Daerah Rembau dan Daerah Rembau mendahului daerah lain dari segi pencapaian kelulusannya. YB Tuan Zaifulbahri seterusnya mengumumkan sumbangan kepada sekolah sebanyak RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU (RM2000.00) Jendela PSS mengucapkan Tahniah kepada semua yang cemerlang dalam SPM 2009.


0 comments: