Saturday, July 24, 2010

Majlis Pelancaran Novel Sejarah Islam

Rabu, 21 Julai 2010 - Dua Novel Sejarah Islam iaitu Peperangan Badar (Perang Penentuan) dan Khalifah-khalifah Yang Benar (Abu Bakar, Uthman, Umar, dan Ali) karya Abdul Latip bin Talib telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Azali bin Ibrahim, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Rembau pada jam 3.00 petang di Dewan SMK Undang Rembau. Majlis ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah, SMK Undang Rembau dengan kerjasama PTS Publication & Distributors dan Tuan Abdul Latip bin Talib sendiri.
Polulariti novelis Abdul Latip bin Talib dalam bidang penulisan tidak dapat disangkal lagi menerusi karya agungnya berkaitan sejarah Islam. Penulis, Abdul Latip bin Talib berkata, dia berminat menulis novel sejarah Islam dan Melayu supaya pembaca mendapat maklumat lebih tepat dengan menceritakan keadaan sebenar berlaku pada zaman itu. Menurutnya lagi, majlis Pelancaran ini merupakan yang pertama kali diadakan bagi karya beliau sejak beliau bergelar penulis.
Sementara itu Tuan Azali dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada PSS SMKUR kerana berjaya menganjurkan majlis seumpama ini. Katanya lagi, majlis pelancaran buku ini merupakan pertama kali diadakan di daerah Rembau. Beliau juga berharap pihak sekolah akan meneruskan usaha ke arah kecemerlangan ilmu pengetahuan. Beliau juga berharap Tuan Abdul Latip akan terus berusaha menghasilkan karya-karya sejarah melayu dan sejarah Islam.
Turut hadir majlis yang dihadiri lebih 300 orang itu ialah Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua SMKUR, guru-guru, peminat Abadul Latip dan pelajar-pelajar SMKUR.
Jendela PSS mengucapkan tahniah kepada Pak Latip atas pelancaran novel-novelnya. Semoga kerjasama erat seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.






Friday, July 23, 2010

Lambaian Kaabah 2010

23 - 24 Julai 2010 - Panitia Agama Islam SMK Undang Rembau telah menganjurkan Program Lambaian Kaabah bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang berminat. Seramai 100 orang peserta telah menyertai program tersebut. Berikut adalah perjalanan program Lambaian Kaabah :
23 Julai 2010
3.00 petang - Pendaftaran dan Taklimat
4.00 petang - Pengenalan Haji dan Cara memakai Kain Ihram
5.00 petang - Tawaf Qudum
6.00 Petang - Bermalam di Muzdalifah
Wuquf di Padang Arafah
Solat Hari Raya Aidil Adha dan Qutbah Hari Raya
7.30 malam - Kuliah Maghrib
9.00 malam - Ceramah Haji di Dewan SMKUR

24 Julai 2010
5.00 pagi - Qiamullail
7.30 pagi - Melontar di ketiga-tiga Jumrah
8.30 pagi - Taklimat Haji dari Ustaz Mokhtar (Lembaga Tabung Haji)
9.30 pagi - Tawaf Haji , Saie dan bercukur.
11.00 pagi - Majlis penutupan. Disempurnakan oleh Puan Norziah bt Mohd Yusof Ketua Bidang
Kemanusiaan.(Wakil Pengetua SMKUR)













Wednesday, July 14, 2010

Majlis Pelancaran Novel

Majlis Pelancaran Novel Sejarah karya Abdul Latip bin Talib atau Pak latip akan diadakan di Dewan SMK Undang Rembau pada 21 Julai 2010 jam 2.30 petang. Majlis Pelancaran yang julung-julung kalinya diadakan di SMK Undang Rembau akan dilancarkan oleh Datin Hajjah Naemah bt Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau. PSS menjemput warga SMKUR yang berminat hadir ke majlis tersebut. Sila daftar diri di Perpustakaan SMKUR selewat-lewatnya 19 Julai 2010.Add Image


Thursday, July 1, 2010

PERJUMPAAN TIGA PENJURU

2 Julai 2010 - Perjumpaan tiga penjuru antara Guru, Pelajar dan ibubapa telah diadakan untuk semua murid SMKUR. Bagi Pelajar Tingkatan 3 dan 5, acara bermula jam 8.00 pagi di Dewan SMKUR. Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua SMKUR telah menymapaikan taklimat kepada ibubapa. Seterusnya pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari perjumpaan tiga penjuru diadakan di bilik darjah masing-masing.

Peluang ini diambil oleh para ibubapa untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan tingkahlaku anak-anak mereka di sekolah. Dengan adanya perjumpaan seperti ini diharap dapat meningkatkan dan mengeratkan lagi hubungan antara guru dan ibu bapa. Semoga dengan keprihatinan ibubapa dan guru-guru dapat meningkatkan prestasi dan pencapaian anak-anak dalam pelajarannya.