Saturday, July 24, 2010

Majlis Pelancaran Novel Sejarah Islam

Rabu, 21 Julai 2010 - Dua Novel Sejarah Islam iaitu Peperangan Badar (Perang Penentuan) dan Khalifah-khalifah Yang Benar (Abu Bakar, Uthman, Umar, dan Ali) karya Abdul Latip bin Talib telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Azali bin Ibrahim, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Rembau pada jam 3.00 petang di Dewan SMK Undang Rembau. Majlis ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah, SMK Undang Rembau dengan kerjasama PTS Publication & Distributors dan Tuan Abdul Latip bin Talib sendiri.
Polulariti novelis Abdul Latip bin Talib dalam bidang penulisan tidak dapat disangkal lagi menerusi karya agungnya berkaitan sejarah Islam. Penulis, Abdul Latip bin Talib berkata, dia berminat menulis novel sejarah Islam dan Melayu supaya pembaca mendapat maklumat lebih tepat dengan menceritakan keadaan sebenar berlaku pada zaman itu. Menurutnya lagi, majlis Pelancaran ini merupakan yang pertama kali diadakan bagi karya beliau sejak beliau bergelar penulis.
Sementara itu Tuan Azali dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada PSS SMKUR kerana berjaya menganjurkan majlis seumpama ini. Katanya lagi, majlis pelancaran buku ini merupakan pertama kali diadakan di daerah Rembau. Beliau juga berharap pihak sekolah akan meneruskan usaha ke arah kecemerlangan ilmu pengetahuan. Beliau juga berharap Tuan Abdul Latip akan terus berusaha menghasilkan karya-karya sejarah melayu dan sejarah Islam.
Turut hadir majlis yang dihadiri lebih 300 orang itu ialah Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua SMKUR, guru-guru, peminat Abadul Latip dan pelajar-pelajar SMKUR.
Jendela PSS mengucapkan tahniah kepada Pak Latip atas pelancaran novel-novelnya. Semoga kerjasama erat seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.






0 comments: