Sunday, July 12, 2009

Kursus Perkembangan Staff Siri 3

Jumaat, 26 Jun 2009 - Kursus Perkembangan Staff Siri 3 telah diadakan di Makmal ICT yang dikendalikan oleh Pn. Wan Salmah dan En.Azhar. Pn.Nor Asikin, GPK HEM dalam ucapannya berkata, satu laman blog sekolah secara terancang akan dibangunkan tidak lama lagi. Dengan ini kursus ini diharapkan memberi pendedahan kepada guru-guru untuk membina laman blog mengikut bidang masing-masing. Sementara Pn.Rozita, Penyelaras Kursus berkata, kursus ini diadakan secara 2 fasa iaitu hari ini 26 Jun 2009 dan 1 Julai 1009 kerana masalah kesesakan di makmal ICT. Guru-guru juga diharapkan akan meneruskan usaha menimba ilmu dari semasa ke semasa. Semoga Laman Blog yang diharapkan akan dapat dilaksanakan satu masa nanti.





















0 comments: