PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK UNDANG REMBAU
Kunjungan ke Paris pada 23 Mei 2009. Perjalanan dengan bas sewa khas dari London mengambil masa selama 8 jam, termasuk hampir 2 jam di pengkalan Feri menyeberang Selat Inggeris, di mana Datuk Malik Maidin pernah berenang untuk menyeberangi selat ini. Lebuh raya menuju ke Paris tidak seluas lebuh raya di Malaysia, hanya dua lorong dan tidak ada kemudahan seperti yang terdapat di Hentian Lebuh Raya negara kita. Dalam konteks ini, ternyata negara kita lebih hebat. Kota Paris hanya indah khabar dari rupa. Uniknya cuma reka bentuk bangunan yang bercirikan tradisi Peranchis. Eifel Tower tidak dapat menandingi Petronas Twin Tower. Tandas awam kurang terurus. Saya teruja hanya kerana kali pertama menjejakkan kaki ke kota di mana penduduknya begitu bergaya dengan fesyen terkini. So, be proud to be Malaysian.
Post a Comment
0 comments:
Post a Comment