Thursday, November 5, 2009

Merit masuk IPTA tahun depan ikut gred baru

Petikan akhbar Berita Harian 31 OKT 2009
Oleh Johari Ibrahimjoib@bharian.com.my

A+ untuk lepasan SPM 2009, kuota markah asas kekalPUTRAJAYA: Mulai tahun depan, pengiraan merit untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan setaraf akan menggunakan penggredan baru.Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata perubahan berkenaan selaras pengenalan sistem penggredan baru oleh Kementerian Pelajaran untuk pelajar SPM 2009.Bagaimanapun, katanya, kemasukan bagi lepasan SPM 2008 ke bawah dan memohon memasuki IPTA tahun depan, penilaian masih gunakan merit sedia ada.Beliau berkata, kuota markah asas dikekalkan iaitu 90 peratus bagi akademik dan 10 peratus kokurikulum.Beliau berkata, melalui sistem baru itu, pelajar mendapat A dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18 markah, 16 markah dan 14 markah.Katanya, gred B+ mendapat merit 12 markah, B (sepuluh), C+ (lapan), C (enam), D (empat), E (dua) dan G dengan merit sifar.Kementerian mengambil kira aspek kesetaraan bagi lepasan SPM 2008 ke bawah yang memohon ke IPTA tahun depan menggunakan kaedah lama iaitu 18 markah bagi gred 1A, 16 (2A), 14 (3B), 12 (4B), 10 (5C), 8 (6C), 6 (7D), 4 (8E) dan 0 (9G).Pada sidang media di sini semalam, beliau berkata, perbezaan markah merit bagi lepasan SPM 2008 ke bawah dan 2009 tidak timbul kerana majoriti mereka yang cemerlang pada 2008 kini sudah di IPTA.�Sistem gred A+ digunakan kebanyakan negara maju untuk membezakan pelajar benar-benar cemerlang yang turut memberi kesan kepada beberapa aspek termasuk pemberian biasiswa," katanya.Dr Radin Umar berkata, permohonan ke IPTA pula dibahagikan kepada aliran Sains dan Sastera masing-masing mempunyai lima subjek utama yang berbeza serta tiga mata pelajaran tambahan terbaik dalam pengiraan merit.Subjek utama Sains ialah Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dan satu daripada kumpulan Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Reka Cipta, Lukisan Kejuruteraan, Ekonomi Rumah Tangga, Teknologi Maklumat, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi Asas, Sains Pertanian, Pengajian Agro Teknologi atau Pengetahuan Sukan.Subjek utama aliran Sastera ialah Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan satu daripada kumpulan Pengajian Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Pengetahuan Moral.

Posted in by mrGHA 0 comments
Friday, October 30, 2009

0 comments: