Monday, January 11, 2010

MESYUARAT PROGRAM KEUTUHAN ILMU

11 Januari 2010- Mesyuarat Program Keutuhan Ilmu telah diadakan di Perpustakaan SMKUR. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh datin Hajjah Azimah bt Alis, Pengetua SMKUR. Seramai 18 orang Ahli Jawatankuasa dari kalangan guru dibentuk. Turut serta ialah seorang bekas pelajar SMKUR tahun 1965 iaitu Dato' Ahmad Apandi bin Johan. Matlamat program ini ialah "Membentuk generasi yang berilmu, kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh dalam menempuh dunia kerjaya yang bercabar."
Ahli Mesyuarat telah bersetuju untuk menambah sekurang-kurangnya 6000 judul buku pelbagai bidang selain kelengkapan seperti komputer, alat pandang dengar, carta dan sebagainya. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah mendapatkan sumbangan buku, sumbangan kewangan, Jamuan Makan Malam dan jualan-jualan.
Pengetua berharap agar kerjasama yang dibentuk antara pihak sekolah, bekas-bekas pelajar, pemimpin setempat serta pelbagai agensi kerajaan, swasta dan yayasan dapat menjayakan program ini.

0 comments: