Friday, January 29, 2010

Mesyuarat PSS Tahun 2010

Pada tarikh 5 Januari 2010 , Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah mengadakan mesyuarat bagi pelantikan baru pengawas PSS Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau . Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang dicadangkan oleh PSS seperti pembaca buku terbanyak , menyusun buku-buku perpustakaan mengikut nombor yang tertentu , lawatan sambil belajar dan sebagainya . PSS juga mendapat sumbangan daripada Dato' Ahmad Apandi bin Johan iaitu sebanyak 20 buah buku baru . PSS mengucapkan terima kasih kepada Dato' Ahmad Apandi bin Johan kerana sudi memberi sumbangan . Pengawas PSS berharap supaya PSS tahun 2010 akan cemerlang dan berjaya .

Sekian , Terima Kasih

0 comments: