Sunday, May 2, 2010

Lawatan Minggu Teknik dan Vokasional

29 April 2010 - Sempena Minggu Teknik dan Vokasional, Panitia Sains Pertanian SMKUR diketuai oleh Pn.Nor Asikin bt Yahya telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Sains Pertanian tentang tumbuhan-tumbuhan di hutan di samping memberi kesedaran dan mencintai hutan.
Bertolak dari SMK Undang Rembau pada jam 8.45 pagi. Peserta sampai di FRIM pada jam 10.15 pagi dan diberi taklimat oleh Pak Wahid. Tepat jam 10.30 pagi, peserta di bawa ke Galeri Perhutanan. Di sini terdapat pelbagai jenis khazaah hutan serta peralatan yang digunakan untuk memproses kayu-kayan.
Seterusnya peserta dibawa berjalan ke dalam hutan untuk mengenali tumbuhan-tumbuhan hutan. Peserta didedahkan dengan pelbagai jenis kayu di dalam hutan dan sedikit sejarah ringkas FRIM yang ditubuhkan sejak tahun 1929 lagi. Peserta juga di bawa menaiki kanopi (jambatan gantung) sepanjang 1.6 km. Sesi di FRIM tamat lebih kurang jam 2.30 petang.













0 comments: