Sunday, May 9, 2010

Majlis Pelancaran KUNTUM YBK-KKLW 2010

Merlimau, 9 Mei 2010 - Program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Wahab bin Abdul Latif, Exco Kerajaan Negeri Melaka yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka di SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub hari ini. Turut hadir ialah Dato' Haji Zainal Abidin bin Sakom, Pengerusi YBK dan isteri. Beberapa buah sekolah sekitar Melaka dan Negeri Sembilan telah menghantar wakil guru dan pelajarnya. SMK Undang Rembau diwakili oleh GPK HEM Pn.Norasikin Yahya, En.Azhar bin Ahmad dan 16 orang pelajar tajaan YBK.

Yang Berhormat Dato' Abdul Wahab dalam ucapannya meminta para pelajar tajaan YBK belajar bersungguh-sungguh dan menjaga akhlak sebagai pelajar. YBK akan sentiasa membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk bersekolah dan menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang bertungkus-lumus dan ikhlas mengajar walaupun imbuhan yang diterima tidak setimpal dengan kelulusan guru berijazah.
Sementara itu, Dato' Zainal Abidin pula memberitahu bahawa YBK telahpun bekerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur untuk membantu mempermudahkan kemasukan pelajar-pelajar YBK ke Universiti berkenaan. Beliau juga berkata, YBK telah menyediakan asrama untuk pelajar-pelajar yang memerlukan. YBK akan terus berusaha membebaskan keluarga miskin dari kemiskinan melalui pendidikan.









0 comments: