Sunday, July 12, 2009

Bulan Kecerdasan 2009

Rabu, 8 Julai 2009 - Bulan Kecerdasan 2009 peringkat sekolah telah diadakan di Padang sekolah hari ini. Majlis dimulai dengan perhimpunan Kokurikulum dan diikuti dengan ceramah H1N1 dan Cara-cara mencuci tangan oleh Pegawai-pegawai dari Pusat Kesihatan Rembau. Seterusnya senamrobik diadakan yang diketuai oleh Cik Juliana, Pn.Siti Haida dan Pn.Norhashima.

Bulan Kecerdasan 2009























































An Evening In Paris

Kunjungan ke Paris pada 23 Mei 2009. Perjalanan dengan bas sewa khas dari London mengambil masa selama 8 jam, termasuk hampir 2 jam di pengkalan Feri menyeberang Selat Inggeris, di mana Datuk Malik Maidin pernah berenang untuk menyeberangi selat ini. Lebuh raya menuju ke Paris tidak seluas lebuh raya di Malaysia, hanya dua lorong dan tidak ada kemudahan seperti yang terdapat di Hentian Lebuh Raya negara kita. Dalam konteks ini, ternyata negara kita lebih hebat. Kota Paris hanya indah khabar dari rupa. Uniknya cuma reka bentuk bangunan yang bercirikan tradisi Peranchis. Eifel Tower tidak dapat menandingi Petronas Twin Tower. Tandas awam kurang terurus. Saya teruja hanya kerana kali pertama menjejakkan kaki ke kota di mana penduduknya begitu bergaya dengan fesyen terkini. So, be proud to be Malaysian.









SALAM DARI LONDON

Tahniah dan syabas kepada guru-guru SMKUR yang mengikuti kursus pembinaan laman blog pada 26 Jun yang lalu. Kemahiran ini amat penting dalam era ICT sekarang. Saya yakin komunikasi melalui ICT merupakan satu keperluan. Dengan itu diharapkan kita mampu meningkatkan keberkesanan komunikasi sama ada untuk tujuan profesional mahupun sosial. Belum terlambat untuk kita memanfaatkan kemudahan ICT untuk meningkatkan kualiti kerja kita. Syabas dan diharapkan semua guru akan mengikuti kursus ini. Disertakan beberapa keping gambar lawatan ke Cavendish School, London 1.Temubual dengan guru sains di bilik rehat guru. 2.waktu lunch break di Cavendish School, dewan ini juga digunakan untuk peperiksaan 3. Bersama guru PE





































Kursus Perkembangan Staff Siri 3

Jumaat, 26 Jun 2009 - Kursus Perkembangan Staff Siri 3 telah diadakan di Makmal ICT yang dikendalikan oleh Pn. Wan Salmah dan En.Azhar. Pn.Nor Asikin, GPK HEM dalam ucapannya berkata, satu laman blog sekolah secara terancang akan dibangunkan tidak lama lagi. Dengan ini kursus ini diharapkan memberi pendedahan kepada guru-guru untuk membina laman blog mengikut bidang masing-masing. Sementara Pn.Rozita, Penyelaras Kursus berkata, kursus ini diadakan secara 2 fasa iaitu hari ini 26 Jun 2009 dan 1 Julai 1009 kerana masalah kesesakan di makmal ICT. Guru-guru juga diharapkan akan meneruskan usaha menimba ilmu dari semasa ke semasa. Semoga Laman Blog yang diharapkan akan dapat dilaksanakan satu masa nanti.






















Assalamualaikum semua, Sekarang jam 12.55 pagi di London. Waktu Subuh masuk jam 2.20 pagi. Biasanya saya tunggu lepas Subuh baru tidur. Hari ini saya ke Watford Girls School yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari London menggunakan bas, keretapi dan teksi. Hari pertama di sekolah saya diberi taklimat oleh Headteacher (Pengetua), kemudian dibawa melawat sekitar kawasan sekolah. Hebat dan sungguh mengkagumkan. This school practices the creative thingking based on de Bono theory. Evidence were clearly seen inside and outside the building. Works of students were put up everywhere. I was entertained by Head Girls together with 4 form six students during lunch at school canteen. I was amazed with their talent and skill in communication and inter personal skill. Banyak yang dapat dipelajari dari sekolah ini.

SALAM DARI LONDON

Assalamualaikum, Terima kasih atas panduan yang diberi. Nanti saya cuba. Teruskan penambahbaikan ke atas laman web pusat sumber dan tahniah atas usaha cikgu. Saya masih dalam program lawatan ke sekolah. Hari ini sekolah ada sukan. Kebetulan The Cavendish School adalah sekolah Sport Specialist atau sekolah kluster sukan. Kemudahan sukannya memang world class. begitu juga pengurusan program berkaitan sukan. Petang semalam semua peserta kursus berpeluang berjumpa dengan Datuk Abd. Ghafur, Ketua Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti yang kebetulan berada di London menghadiri conference Ofsted dan konvokesyen anaknya. Saya dapat hantar gambar di Cavendish School ketika melawat bilik masakan. Salam.