28 Jun 2010 - Hari Koperasi Sekolah (HKS) peringkat SMK Undang Rembau telah dirasmikan oleh Encik Adnan bin Abdul Rahman, Guru Penolong Kanan 1. Acara dimulakan dengan perutusan YAB Dato' Seri Muhyiddin bin Yasin, Menteri Pelajaran Malaysia dibacakan oleh Puan Norasikin binti Yahya, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Diikuti dengan perutusan YB Dato' Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibacakan oleh Puan Nor Ribah binti Jani, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan perutusan Profesor Dato' Dr Hj Mohd Ali bin Baharom, Yang Dipertua Angkasa dibacakan oleh Puan Rohana binti Alias, Guru Kanan Matapelajaran Kemanusiaan.
Acara diteruskan dengan nyanyian koir lagu Koperasi oleh warga SMKUR. Seterusnya semua Guru penolong Kanan telah menanam pokok di dalam pasu bunga. Koperasi SMUR Bhd juga telah mengedarkan cenderahati berupa pen kepada semua guru dan pelajar SMKUR.
Antara acara yang dijalankan sepanjang minggu ini ialah jualan makanan dan alatulis di perkarangan koperasi sekolah, Kuiz Koperasi, pertandingan-pertandingan dan menaja Bengkel Seni Penulisan Kreatif (26.6.2010).
Tema Hari Koperasi Sekolah pada tahun ini ialah 'Kreativiti dan Inovatif Memperkasakan Koperasi Sekolah' Tahun ini merupakan tahun kelima HKS diadakan sejak tahun 2006. Ianya diadakan pada minggu kedua penggal kedua setiap tahun.
Wednesday, June 30, 2010
HARI KOPERASI SEKOLAH
Posted by PSS SMK UNDANG REMBAU, NSDK 0 comments
Sunday, June 27, 2010
PERHIMPUNAN HARI GURU NEGERI SEMBILAN


Posted by PSS SMK UNDANG REMBAU, NSDK 0 comments
BENGKEL SENI PENULISAN KREATIF

Posted by PSS SMK UNDANG REMBAU, NSDK 0 comments
Wednesday, June 16, 2010
SURAT BERANTAI KEMBALI LAGI
Saya dikejutkan apabila menerima Surat Berantai melalui Facebook. Surat Berantai itu kononnya dari Sheikh Ahmad dari Arab Saudi yang bermimpi bertemu Rasulullah saw. Beliau mengingatkan tentang pentingnya solat, puasa dll. Surat ini seterusnya menyeru penerima menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain dan ganjaran dari Allah akan diterima. Tetapi jika penerima mengabaikan surat ini, penerima diancam menerima musibah.
Saya telah menerima beberapa kali surat berantai ini sejak tahun 1983 lagi. Kini surat itu saya terima melalui cara yang lebih canggih iaitu melalui e-mail dan Facebook. Saya telah merujuk kepada beberapa orang Ustaz dan juga telah membaca beberapa artikel dari ulama'. Hukumnya adalah HARAM kita mempercayai surat berantai ini. Ini adalah salah satu dakyah musuh Islam untuk memesongkan Akidah umat Islam.
Nasihat saya, dapatkanlah nasihat dan pandangan orang yang lebih arif tentang agama sebelum kita mempercayai dan menyebarkan surat berantai ini.
PELIHARALAH AKIDAH KITA.
Posted by PSS SMK UNDANG REMBAU, NSDK 0 comments
Monday, June 7, 2010
MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang minggu PSS yang berlangsung dari 31 Mei 2010 hingga 4 Jun 2010.
1 Jun 2010 hari Selasa jam 8.30 pagi hingga 2.40 petang, Program Majalah Dalam Kelas telah dijalankan di Dewan SMKUR. Ia dikendalikan oleh 3 orang Pegawai dari Dewan Bahasa Dan Pustaka iaitu Encik Abdul Ghani Abu, Encik Armin Azhari Saleh dan Encik Mazlan. Seramai 160
orang pelajar terlibat dari 4 Utarid, 4 Zuhrah, 4 Zuhal dan 4 Musytari.
2 Jun 2010 hari Rabu jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi, Program Bersama Penulis Abdul Latip bin Talib atau lebih dikenali Pak Latip, seorang penulis novel sejarah Islam yang terkenal di Malaysia. Program ini berlangsung di Perpustakaan SMKUR. Beliau telah berkongsi pengalaman dan maklumat tentang perjalanannya sebagai seorang penulis novel sejarah Islam. Seramai 60 orang pelajar dari Pengawas PSS dan pelajar-pelajar yang berminat telah menyertainya. Peserta-peserta telah menunjukkan minat yang mendalam melalui soalan-soalan yang dikemukakan kepada Pak Latip. PSS SMKUR juga telah membuat kejutan kepada Pak Latip apabila membuat sambutan Hari Jadi sempena ulangtahunnya yang ke 56 kebetulan jatuh pada hari ini. Jualan buku-buku beliau juga telah diadakan diakhir program.
Pada sebelah petangnya, dua program lagi telah diadakan di Perpustakaan SMKUR iaitu Spell it Right dan Mencari Harta Karun. Spell it Right telah dijalankan oleh Puan Shaharatul Iza dan Puan Siti Zunaizan. Seramai 28 orang dari menengah rendah dan menengah atas telah menyertainya.
Sementara Pertandingan Mencari Harta Karun telah dikendalikan oleh Puan Rozita Abas. Sebanyak 10 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini menghendaki peserta-peserta mencari maklumat-maklumat seperti sistem DDC, buku-buku, kata-kata hikmah, peraturan, dan sebagainya di Perpustakaan.
4 Jun 2010 hari Jumaat jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari, penghakiman pertandingan yang telah diadakan telah dijalankan oleh AJK Minggu PSS.
PSS SMKUR mengucapkan terima kasih kepada :
Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua SMKUR
Encik Ghani Abu, Encik Armin Azhari, En.Mazlan - Dewan Bahasa dan Pustaka
Encik Abdul Latip bin Talib (Pak Latip) – Penulis Buku
Puan Nisah Haron – Penulis Buku
Guru-guru Penolong Kanan SMKUR
Guru-guru Kanan Matapelajaran SMKUR
Encik Abdul Razak bin Husin
AJK Minggu Pusat Sumber Sekolah, SMKUR
Guru-guru yang membantu menjalankan pertandingan
Pengawas-pengawas PSS
Pelajar-pelajar yang terlibat dalam pertandingan
Semua Guru, kakitangan dan Pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Minggu Pusat Sumber Sekolah, SMKUR.
Posted by PSS SMK UNDANG REMBAU, NSDK 0 comments
Labels: Minggu PSS 2010