Wednesday, June 16, 2010

SURAT BERANTAI KEMBALI LAGI

Saya dikejutkan apabila menerima Surat Berantai melalui Facebook. Surat Berantai itu kononnya dari Sheikh Ahmad dari Arab Saudi yang bermimpi bertemu Rasulullah saw. Beliau mengingatkan tentang pentingnya solat, puasa dll. Surat ini seterusnya menyeru penerima menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain dan ganjaran dari Allah akan diterima. Tetapi jika penerima mengabaikan surat ini, penerima diancam menerima musibah.
Saya telah menerima beberapa kali surat berantai ini sejak tahun 1983 lagi. Kini surat itu saya terima melalui cara yang lebih canggih iaitu melalui e-mail dan Facebook. Saya telah merujuk kepada beberapa orang Ustaz dan juga telah membaca beberapa artikel dari ulama'. Hukumnya adalah HARAM kita mempercayai surat berantai ini. Ini adalah salah satu dakyah musuh Islam untuk memesongkan Akidah umat Islam.
Nasihat saya, dapatkanlah nasihat dan pandangan orang yang lebih arif tentang agama sebelum kita mempercayai dan menyebarkan surat berantai ini.
PELIHARALAH AKIDAH KITA.

0 comments: