Tuesday, June 1, 2010

Minggu Pusat Sumber Sekolah 2010

Isnin, 31 Mei 2010 - Minggu Pusat Sumber Sekolah 2010, SMK Undang Rembau telah dilancarkan dengan rasminya oleh Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua Cemerlang SMK Undang Rembau. Beliau melancarkan Minggu PSS ini semasa Perhimpunan Rasmi sekolah jam 7.40 pagi. Tema Minggu PSS pada tahun 2010 ialah "PSS Penjana Budaya Ilmu".
Dalam ucapannya beliau berharap semua guru dan murid mengambil peluang menyertai semua aktiviti yang telah dirancang. Tambahnya lagi, aktiviti-aktiviti Minggu PSS boleh meningkatkan kreativiti dan menambah pengetahuan sedia ada. Demikian juga, aktiviti bersama Dewan Bahasa dan Pustaka serta sesi Bicara Buku Bersama Pak Latip akan menambahkan lagi kefahaman terhadap P&P di dalam bilik darjah.
Beliau mengingatkan pelajar akan mengikut jadual yang dirancang, menjaga disiplin sekolah serta bekerjasama dengan guru sepanjang Minggu PSS dijalankan.

0 comments: