Wednesday, June 2, 2010

Bengkel Majalah Dalam Kelas

Selasa, 1 Jun 2010 - Sempena Minggu PSS SMKUR 2010, Bengkel Majalah Dalam Kelas (MDK)diadakan di dewan SMKUR yang dikendalikan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bengkel disampaikan oleh Encik Ghani bin Abu, Encik Armin Azhari bin Salleh dan Encik Mazlan dari DBP, Kuala Lumpur.
Seramai 160 orang pelajar Tingkatan 4 dan 10 oang guru terlibat sebagai peserta Bengkel MDK. Dalam bengkel ini peserta didedahkan dengan pelbagai cara dan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) menggunakan majalah keluaran DBP. MDK juga dijalankan dalam bentuk permainan yang menarik minat pelajar mendekati majalah.
Encik Abdul Razak bin Husin(guru Bahasa Melayu)berkata, bengkel ini amat berfaedah bagi guru dan pelajar. Beliau amat tertarik dengan kaedah pengajaran sastera melalui komik. Katanya lagi, pelajar aliran sains juga lebih memahami sastera dengan kaedah komik. Sementara itu, Mohd.Syafiq bin Zulkifli (murid) pula berharap bengkel seperti ini perlu diadakan lagi kerana ia memberi kefahaman yang lebih terhadap petikan dalam majalah.



0 comments: