Monday, June 7, 2010

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

Minggu Pusat Sumber Sekolah, SMK Undang Rembau telah dirasmikan oleh Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua Cemerlang SMKUR pada 31 Mei 2010 jam 7.45 pagi di Tapak Perhimpunan sekolah.
Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang minggu PSS yang berlangsung dari 31 Mei 2010 hingga 4 Jun 2010.
1 Jun 2010 hari Selasa jam 8.30 pagi hingga 2.40 petang, Program Majalah Dalam Kelas telah dijalankan di Dewan SMKUR. Ia dikendalikan oleh 3 orang Pegawai dari Dewan Bahasa Dan Pustaka iaitu Encik Abdul Ghani Abu, Encik Armin Azhari Saleh dan Encik Mazlan. Seramai 160

orang pelajar terlibat dari 4 Utarid, 4 Zuhrah, 4 Zuhal dan 4 Musytari.


2 Jun 2010 hari Rabu jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi, Program Bersama Penulis Abdul Latip bin Talib atau lebih dikenali Pak Latip, seorang penulis novel sejarah Islam yang terkenal di Malaysia. Program ini berlangsung di Perpustakaan SMKUR. Beliau telah berkongsi pengalaman dan maklumat tentang perjalanannya sebagai seorang penulis novel sejarah Islam. Seramai 60 orang pelajar dari Pengawas PSS dan pelajar-pelajar yang berminat telah menyertainya. Peserta-peserta telah menunjukkan minat yang mendalam melalui soalan-soalan yang dikemukakan kepada Pak Latip. PSS SMKUR juga telah membuat kejutan kepada Pak Latip apabila membuat sambutan Hari Jadi sempena ulangtahunnya yang ke 56 kebetulan jatuh pada hari ini. Jualan buku-buku beliau juga telah diadakan diakhir program.



Pada sebelah petangnya, dua program lagi telah diadakan di Perpustakaan SMKUR iaitu Spell it Right dan Mencari Harta Karun. Spell it Right telah dijalankan oleh Puan Shaharatul Iza dan Puan Siti Zunaizan. Seramai 28 orang dari menengah rendah dan menengah atas telah menyertainya.

Sementara Pertandingan Mencari Harta Karun telah dikendalikan oleh Puan Rozita Abas. Sebanyak 10 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini menghendaki peserta-peserta mencari maklumat-maklumat seperti sistem DDC, buku-buku, kata-kata hikmah, peraturan, dan sebagainya di Perpustakaan.


3 Jun 2010 hari Khamis jam 8.30 hingga 2.00 petang, Pameran dan Jualan buku-buku keluaran PTS Publications Sdn.Bhd. diadakan di Balai ilmu. Program ini dikendalikan oleh Encik Abdul Razak dengan kerjasama dari Puan Nisah Haron, seorang penulis buku PTS. Pelbagai buku seperti novel, buku agama dan buku motivasi dipamer dan dijual.
4 Jun 2010 hari Jumaat jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari, penghakiman pertandingan yang telah diadakan telah dijalankan oleh AJK Minggu PSS.
PSS SMKUR mengucapkan terima kasih kepada :
Datin Hajjah Azimah bt Haji Alis, Pengetua SMKUR
Encik Ghani Abu, Encik Armin Azhari, En.Mazlan - Dewan Bahasa dan Pustaka
Encik Abdul Latip bin Talib (Pak Latip) – Penulis Buku
Puan Nisah Haron – Penulis Buku
Guru-guru Penolong Kanan SMKUR
Guru-guru Kanan Matapelajaran SMKUR
Encik Abdul Razak bin Husin
AJK Minggu Pusat Sumber Sekolah, SMKUR
Guru-guru yang membantu menjalankan pertandingan
Pengawas-pengawas PSS
Pelajar-pelajar yang terlibat dalam pertandingan
Semua Guru, kakitangan dan Pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Minggu Pusat Sumber Sekolah, SMKUR.

0 comments: